Sunday, February 7, 2010

SUDAH TIBA MASA MENUKAR KERAJAAN BARU

ANGIN PERUBAHAN SEMAKIN KUAT BERTIUP. Pemimpin-pemimpin Sabah DAP yang mengunjungi kedai-kedai di sekitar Telipok,Menggatal,Inanam, sampailah ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau sambil mengucap Salam Tahun Baru Cina mendapat respon yang sangat-sangat memberangsangkan mengenai kemauan yang kuat daripada rakyat negeri Sabah yang menginginkan pertukaran kerajaan baik kerajaan persekutuan maupun kerajaan negeri Sabah. Rata-rata pekedai-pekedai dan pengunjung-pengunjung kedai meluahkan rasa amat tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan masa ini dan mereka mula mengidam kerajaan baru dibawah pakatan rakyat.
Pilihan Raya yang Ke 13 dijadualkan berlansung 18 bulan dari sekarang atau lebih awal. Adalah penting bagi rakyat negeri Sabah mengambil kesempatan yang besar ini bagi memulihkan keadaan negeri Sabah dan penduduknya kepada keadaan asalnya dimana kita merupakan negeri yang paling kaya di seluruh Malaysia suatu ketika dulu.
Sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima selama ini oleh pentadbiran kerajaan sekarang maka rakyat berhak memilih kerajaan baharu yang dapat menjanjikan layanan yang lebih baik lagi didalam semua aspek pentadbiran.
Rakyat Negeri Sabah harus sedar dan bangkit untuk menuntut kembali apa yang menjadi bahagian dan hak kita. Rakyat Sabah seharusnya jangan cepat berpuas hati dengan keadaan kita sekarang walhal kita sepatutnya mendapat layanan dan bahagian yang lebih besar.