ANGIN PERUBAHAN SEMAKIN KUAT BERTIUP. Pemimpin-pemimpin Sabah DAP yang mengunjungi kedai-kedai di sekitar Telipok,Menggatal,Inanam, sampailah ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau sambil mengucap Salam Tahun Baru Cina mendapat respon yang sangat-sangat memberangsangkan mengenai kemauan yang kuat daripada rakyat negeri Sabah yang menginginkan pertukaran kerajaan baik kerajaan persekutuan maupun kerajaan negeri Sabah. Rata-rata pekedai-pekedai dan pengunjung-pengunjung kedai meluahkan rasa amat tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan masa ini dan mereka mula mengidam kerajaan baru dibawah pakatan rakyat.
Pilihan Raya yang Ke 13 dijadualkan berlansung 18 bulan dari sekarang atau lebih awal. Adalah penting bagi rakyat negeri Sabah mengambil kesempatan yang besar ini bagi memulihkan keadaan negeri Sabah dan penduduknya kepada keadaan asalnya dimana kita merupakan negeri yang paling kaya di seluruh Malaysia suatu ketika dulu.
Sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima selama ini oleh pentadbiran kerajaan sekarang maka rakyat berhak memilih kerajaan baharu yang dapat menjanjikan layanan yang lebih baik lagi didalam semua aspek pentadbiran.
Rakyat Negeri Sabah harus sedar dan bangkit untuk menuntut kembali apa yang menjadi bahagian dan hak kita. Rakyat Sabah seharusnya jangan cepat berpuas hati dengan keadaan kita sekarang walhal kita sepatutnya mendapat layanan dan bahagian yang lebih besar.
Sunday, February 7, 2010
Tuesday, January 26, 2010
KURANGKAN CABUTAN EMPAT EKOR
Sudah tiba masanya tindakan harus diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan perjudian melalui cabutan empat ekor. Walaupun kerajaan negeri menerima pendapatan yang lumayan hasil daripada cukai keatas penjualan tiket-tiket empat ekor, yang secara langsung menderita tanpa mereka sedari adalah golongan yang berpendapatan rendah yang ingin mencuba nasib mereka. Menurut kajian yang dibuat oleh sumber-sumber yang dapat dipercayai, seorang penjudi empat ekor yang ketagihan akan membelanjakan secara minima sebanyak RM20-RM30 seminggu atau lebih. Bayangkan sekira penjudi ini berjudi setiap minggu bererti beliau akan membelanjakan wang paling kurang sebanyak Rm80.
Ini tentu menjejaskan jumlah pendapatan yang mereka dapat gunakan untuk pembelanjaan kehidupan seharian mereka.
Sebenarnya ini merupakan satu faktor mengapa ada kadar kemiskinan tegar di Sabah yang paling tinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Sunday, January 10, 2010
ISU ALLAH
Berkenaan dengan isu hangat ini, adalah tidak wajar untuk mengarahkan
orang-orang kristian untuk berhenti menggunakan "Allah".
Sekiranya mereka berjaya didalam cubaan menyekat perkataan ini maka ada kemungkinan besar perkataan lain seperti "Jemaah", Firman dan lain-lain perkataan yang juga dipakai oleh orang-orang kristian juga bakal menerima akibat yang sama.
Jika kita mahu mencari keadilan didalam isu ini, perkataan-perkataan seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa juga harus disekat penggunaannya sebab nabi-nabi ini bukan saja dimiliki oleh orang-orang kristian tetapi nabi-nabi ini adalah daripada keturunan Yahudi. Jadi secara logik saja pun nama-nama nabi ini tak patut timbul apa lagi dipakai dan juga dipercayai diluar kitab orang-orang kristian.

Wednesday, January 6, 2010
PAIRIN PATUT LEPASKAN MP
Pairin yang sudah berusia 70 tahun harus melepaskan jawatannya sebagai MP Keningau disebabkan beliau sering ponteng daripada menghadiri sesi parlimen. Bagaimana beliau dapat membela nasib rakyat yang diwakilinya di dewan rakyat tanpa kehadirannya. Sepatutnya dengan kedudukan beliau sebagai Adun Tambunan, jawatan timbalan ketua menteri dan tugasnya sebagai menteri Infrastrukur sudah memadai. Apa lagi beliau juga menjawat jawatan sebagai presiden parti dan huguan siou. Bagaimana beliau dapat melaksana semua tugasannya dengan berkesan. Keadaan ekonomi pekan Keningau amatlah lembab sekali selepas penurunan aktiviti pembalakan. Apakah tindakan Pairin untuk mengatasi masalah ini?
ALLAH Issue
The word "Allah" is never an issue after all if the muslims can accept the fact that Muslim country like Indonesia has never mention or touch on this issue even though the Christians there also use the word "Allah" to refer to their God. Why a big fuss? I believe some people want to take this issue for their own political mileage. If the court has decided we must as well abide.
Tuesday, January 5, 2010
SAS Dilemma
Clearly Yong Teck Lee should own up the problem regarding SAS under performance during his tenure as CM. As CM, he should quickly take action to tackle SAS problem but He chosed to remain quiet. Now that Yong is in opposition he cannot blame the present government for his own folly.
Wednesday, December 30, 2009
Sugar increase
Sugar can increase its price but shopkeepers should maintain prices of food and drinks as the increase is only minimum. Shopkeepers also should not put less sugar for all food and drinks that require it.
Subscribe to:
Posts (Atom)