Wednesday, January 6, 2010

PAIRIN PATUT LEPASKAN MP

Pairin yang sudah berusia 70 tahun harus melepaskan jawatannya sebagai MP Keningau disebabkan beliau sering ponteng daripada menghadiri sesi parlimen. Bagaimana beliau dapat membela nasib rakyat yang diwakilinya di dewan rakyat tanpa kehadirannya. Sepatutnya dengan kedudukan beliau sebagai Adun Tambunan, jawatan timbalan ketua menteri dan tugasnya sebagai menteri Infrastrukur sudah memadai. Apa lagi beliau juga menjawat jawatan sebagai presiden parti dan huguan siou. Bagaimana beliau dapat melaksana semua tugasannya dengan berkesan. Keadaan ekonomi pekan Keningau amatlah lembab sekali selepas penurunan aktiviti pembalakan. Apakah tindakan Pairin untuk mengatasi masalah ini?

No comments:

Post a Comment